Positif ialah bila kita kawal fikiran kita untuk berprasangka baik, banyak refkeksi diri kita berbanding fikir hal orang.
Cara knis, follow orang positive samada tulisan or video yang melambak di youtube. Di fb korang bleh follow #kakfel untuk selalu baca sharing beliau yang positif, santai dan kadangkala sentap bila refleks semula hubungan kita dengan Allah.
Sharing beliau hari ini:
Dalam bisnes ni, jangan rasa stress kalau bisnes tengah teruk, ada masalah hutang, sales tak menjadi, strategi tak mengena.
Tengok kawan pula pakat buat duit menggila .
Tenang kawan, hidup pasang surut. Kalau kita tertekan takkan jumpa jalan keluar .
Hutang makin tinggi, bisnes makin teruk.
Sabar.., cari penyelesaian. Hatta Pemilik KFC, Bill Gates, Steve Jobs,Jack Ma dan ramai lagi pun jatuh bangun banyak kali. Itu resam berniaga.
Kalau berniaga nak untung semata.. jangan terjebak.. nanti merana.
Berasa gembira lah dengan kejayaan orang seolah itu juga kejayaan kita maka kita tenang. Dan paling utama..
Kena tahu kejatuhan itu juga satu rezeki, rezeki Ilmu dan pengalaman yang orang lain takkan dapat dengan sebuah buku.
Jalan terus... kekalkam momentum, senyum and sabar.
Nasihat dari kami suami isteri yang dah pernah jatuh dan bangun.
Buat duit puluh juta hilang pun puluh juta. Kadang bukan sebab kita takdak Ilmu semata. Tapi sebab memang tu cara Allah nak ajar kita.
Yakin... balik jalan Allah . Muhasabah.
Sekian,
Pesanan penuh kasih sayang,
Cc Rafie Ramli & Felinna Nadea Ed Fattah
No comments:
Post a Comment