Saturday 16 March 2013

Stokin Luar Biasa!

Nampak macam stokin biasa.. tapi ia bukan sebarang stokin.. Hilangkan lenguh kaki, bengkak kaki serta bagi tubuh badan kita segar bugarr.. Kaki adalah pusat saraf yang mewakili seluruh tubuh kita u ollss! Nak jaga tapak kaki, jom pakai stokin luaar biasa ini? ada FIR dalam stokin ni! Apa kesan dari FIR pada tubuh anda Bila anda Memakai Stokin ini?




- Mengaktifkan molekul air di dalam tubuh manusia - Meningkatkan oksigen di dalam tubuh - Membuang lemak, bahan kimia dan toksin dalam darah - kemudian melancarkan peredaran darah. - Mengurangi sampah sisa metabolisme dari tubuh - Mengurangi keasaman tubuh - Meningkatkan kesihatan dan menjaga kesegaran tubuh - Meningkatkan sistem saraf - Meningkatkan sistem pengeluaran peluh - Mencegah pertumbuhan bakteria - Meredakan rasa sakit - Mempercepatkan keremajaan sel tubuh - Menjaga kehangatan dan tidur yang nyenyak



Sangat elok untuk:

1) Kita yang banyak berjalan / berkerja (polis, jururawat, guru) yang memerlukan kita sentiasa menggunakan otot kaki untuk bertugas

2) Wanita dalam pantang kerana ia elok untuk pengaliran darah keseluruh badan ibu lepas bersalin

3) Individu yang mengalami kaki suka "semut2" bila duduk lama..

4) Individu yang inginkan:

  • kuatkan otot ditapak kaki sekaligus memberikan rasa nyaman dan selesa ditapak kaki. 
  • tidur malam yang lebih nyenyak.
  • melegakan kekejangan otot dengan berkesan.
  • kesan ketenangan.
  • hilangkan bau kaki lol!


pm/whatsapp nis 0176967656 :)

Saturday 9 March 2013

Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya





Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida.
Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara  tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.



Kanser (Barah)
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.


Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

Lebihan kolesterol
Tekanan darah Tinggi
Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)

Pengambilan suplemen amat penting dalam menggantikan zat yang kurang dalam makanan yang kita ambil seharian. Mencegah lebih baik dari merawat.. Jika nak dibandingkan hari ini kita menghabiskan Rm300 sebulan untuk suplemen bagi memastikan kita sihat, tetapi jika seseorang ingin "berjimat" rm300  tersebut, JIKA kita sakit kelak, adakah cukup wang yang kita jimatkan itu untuk menanggung kos perbelanjaan rawatan bagi suatu penyakit? Fikirkanlah. Saya rasa kosnya lagi tinggi kan? Kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit : Setuju ke setuju? :)

COKLAT KURANGKAN RISIKO STROK?


Coklat mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai antioksida.


SUAMI, bapa, abang atau adik lelaki anda penggemar coklat? Jangan risau, coklat memberikan manfaat buat lelaki yang 'mencintainya'.


Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Sweden menunjukkan lelaki yang kerap makan coklat kurang risiko diserang strok.


Hasil kajian itu telah diterbitkan dalam satu jurnal neurologi, yang mana ia membabitkan kajian lebih sedekad terhadap lebih 37,000 lelaki yang gemar makan coklat.


Sukatan coklat yang dimakan lelaki terbabit dalam kajian itu adalah bersamaan dengan satu pertiga cawan yang dipenuhi dengan cip coklat.


Dengan pengambilan kerap padaan sukatan sebanyak itu telah mengurangkan 17 peratus risiko diserang strok berbanding lelaki yang langsung tidak makan coklat.


Ini bukanlah kajian pertama yang menyatakan manfaat coklat pada kesihatan kardiovaskular manusia.


Sebelum ini banyak kajian lain menunjukkan penggemar coklat mempunyai risiko rendah mendapat penyakit berkaitan sistem tersebut seperti penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi.


"Apa yang mengurangkan risiko penggemar coklat ini kepada penyakit strok adalah kandungan flavonoid yang terdapat di dalamnya," kata Susanna Larsson, penyelidik dari Institut Karolinska di Stockholm yang juga ketua kepada penyelidikan terbabit.
Larsson turut melakukan kajian yang sama terhadap golongan wanita tahun lalu dan turut menemukan hasil yang sama.


Menurut kajian tersebut, flavonoid adalah satu kompaun yang bertindak sebagai antioksida.
Ia mempunyai kesan yang amat baik terhadap tekanan darah, kolesterol dan fungsi saluran darah.


Dalam kajian tersebut, lelaki Sweden berusia lingkungan 49 hingga 75 tahun dilaporkan makan seperti biasa dan juga makan coklat sebagai makanan sampingan mereka.
Selepas 10 tahun tempoh pemantauan, hanya 1,995 daripada jumlah keseluruhan lelaki yang terbabit dalam kajian tersebut mengalami serangan strok buat pertama kali.


Kumpulan penyelidik Larsson itu juga menyenaraikan faktor-faktor lain yang terlibat dalam kajian mereka seperti berat badan, cara pemakanan dan sama ada mereka mempunyai tekanan darah tinggi atau sebaliknya.


"Walaupun faktor yang dinyatakan di atas telah diambil kira tetapi lelaki yang makan banyak coklat mendapat pengurangan risiko sebanyak 17 peratus diserang strok," jelasnya.
Sementara itu, seorang penyelidik, Richard Libman, yang juga Naib Pengerusi Jabatan Neurologi di Institut Cushing Neuroscience Manhasset, New York, Amerika Syarikat berkata, flavanoid bukan saja terdapat dalam coklat malah makanan lain seperti epal, brokoli, soya, teh dan kekacang.


"Begitupun dengan fakta yang didapati di atas bukan bermakna orang ramai boleh makan coklat sesuka hati.


"Fikirkan juga kesan negatif akibat pengambilan coklat tersebut seperti obesiti dan diabetes jenis 2," tegasnya.




Nu~Cell mengurangkan risiko strok kerana ianya membakar kolestrol dalam darah! Rasanya sedap, selain sihat dapat bonus awet muda lagi dengan amalkan Nu~cell! Ianya dihasilkan dari pelbagai jenis buah beri.. anti kanser juga :)

pm Norhanies Adnan / whatsapp Nis 0176967656 segera untuk dapatkan Nu~cell anda hari ini..

Petua Hilangkan Tumit Merekah


Masalah tumit merekah berpunca daripada proses xerosis, iaitu kekeringan kulit yang keterlaluan. Ia menjadikan kulit yang tebal mudah merekah dan membentuk garis halus.

Antara faktor yang menyebabkan tumit merekah:

- Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar. -Obesiti – Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan ia tersesar ke tepi. Kulit akan pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan tersebut
-Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit.
- Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema.
-Kelenjar peluh yang tidak aktif.
-Masalah kaki leper.
-Memakai kasut yang terlalu ketat.
-Kencing manis.

Petanda paling jelas ialah wujudnya rekahan halus pada tumit. Kulit tumit biasanya menjadi tebal dan seolah-olah ‘tumbuh’ di keliling tumit. Kulit ini biasanya berwarna kekuningan atau menjadi lebih gelap. Malah, kaki berasa gatal dan sakit apabila berjalan. Jika rekahan pada tumit berdarah, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah merawat luka terlebih dulu. Sebaik-baiknya mulakan rawatan sebaik garis halus pada tumit kelihatan kerana pada peringkat ini ia lebih mudah dihilangkan.


-Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit. - Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema. -Kelenjar peluh yang tidak aktif. -Masalah kaki leper. -Memakai kasut yang terlalu ketat. -Kencing manis.


Petanda paling jelas ialah wujudnya rekahan halus pada tumit. Kulit tumit biasanya menjadi tebal dan seolah-olah ‘tumbuh’ di keliling tumit. Kulit ini biasanya berwarna kekuningan atau menjadi lebih gelap. Malah, kaki berasa gatal dan sakit apabila berjalan. Jika rekahan pada tumit berdarah, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah merawat luka terlebih dulu. Sebaik-baiknya mulakan rawatan sebaik garis halus pada tumit kelihatan kerana pada peringkat ini ia lebih mudah dihilangkan.

Nis perkanalkan kolagen terbaik untuk hilangkan petanda awal tumit merekah.. NU~cELL! Tumit tak merekah, anda awet muda & sihat tanpa kolestrol lagi! 




 pm Norhanies Adnan /whatsapp nis 0176967656 untuk dapatkan NU~cell anda !

Tuesday 5 March 2013

MENGENAI DARAH TINGGI..


DARAH TINGGI...
Kehidupan kita dipenuhi dengan angka dan nombor. Nombor kad pengenalan, nombor pin, tarikh lahir, tarikh tutup, masa, nombor telefon (nasib baiklah ada telefon pintar untuk membantu mengingatnya!). Begitu juga dari segi kesihatan dan tubuh badan kita, angka-angka seperti berat badan, ketinggian, tekanan darah, saiz pinggang – memainkan peranan sebagai indikator mengenai keadaan kesihatan dan kecergasan seseorang.

Berikut merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai tekanan darah tinggi, yang perlu diketahui oleh setiap orang.

Tekanan Darah (Hypertension)
  • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
  • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.
7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi


  1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor
  2. Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan
  3. Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
  4. Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
  5. Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
  6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
  • Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
  • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
  • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
  • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

  • 7. Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.




Jagalah kesihatan kita semampu kita.. Duit banyak pun rasanya tak berbaloi jika kita tak sihat.. Setuju? 

PETUA HILANGKAN KAKI BERBAU?


MASALAH KAKI BERBAU....

Sebagai seorang wanita yang selalu ingin tampil cantik, pemilihan kasut yang sesuai harus diambil kira. Pada masa sama perlu juga berhati-hati dengan kesihatan kaki terutama bagi yang menghadapi masalah peluh kaki berlebihan.

Kehadiran peluh bukanlah sesuatu yang buruk kerana ia adalah proses perkumuhan semula jadi tubuh. Namun, ia kurang menyenangkan apabila peluh keluar berlebihan atau disebut hyperhidrosis.

Keadaan lebih tidak selesa apabila ia membabitkan bahagian kaki atau plantar hyperhidrosis kerana jika dibiarkan boleh menjadi penyakit kulit.

Kaki berpeluh boleh berlaku pada semua orang dan menimbulkan masalah fungus atau kulat serta bakteria penyebab bau yang kurang enak.

Kebiasaannya kulat pada kaki akan muncul di celah-celah jari dan telapak kaki. Ia biasanya berlaku pada mereka yang memakai kasut tertutup dalam jangka masa lama (lebih empat jam), lebih-lebih lagi di iklim tropika yang mudah menyebabkan seseorang itu berpeluh.

Sebaiknya lap dan keringkan kaki bila mula rasa kurang enak kerana terasa lembap akibat peluh.

Kulat dan bakteria yang muncul akibat peluh bukan saja menjadi penyebab kaki berbau, bahkan jika dibiarkan keadaan mungkin menjadi lebih teruk termasuk penyakit kulit akibat kulat dan memerlukan rawatan perubatan selanjutnya.

Kemunculan kulat kaki dan bakteria juga boleh menular kepada orang lain. Kebiasaannya ia berlaku akibat tabiat pinjam meminjam kasut atau sandal.



ADUHH.. KESIAN KUCING INI.. PENGSAN TERUSSS.. HEHE..


 Jika anda di dalam kategori di atas, cuba-cubalah petua yang ada di bawah ni.

1- Elak memakai stokin dari nylon, guna stokin diperbuat dari kapas supaya tidak berkuap. Pakailah sarung kaki dari bahan kapas atau benang bulu yang dapat membantu kaki tetap kering.


2- Jika kasut anda lembap, jemur di bawah panas matahari untuk mengeringkannya. Jangan pakai kasut yang lembap nanti kaki berkulat.


3- Sediakan lebih dari sepasang kasut begitu juga dengan stokin kalau boleh sehari satu stokin berlainan.


4- Amalkan membasuh kaki dan sabun dengan sabun antibakteria selepas membuka kasut setelah seharian memakainya.


5- Jika kaki anda masih berbau, amalkan merendam kaki kedalam air suam selama 10-15 minit dan gosok di bahagian celah-celah jari bagi membuang kotoran.


6- Sekiranya masalah kaki berbau masih berlarutan, cuba petua ini, didihkan 3 cawan air bersama 3 uncang teh dan dicampurkan dengan setengah baldi air sejuk kemudian rendamkan kaki dalam air tersebut bagi menghilangkan bau tersebut.


7- Ambil sebiji limau nipis dan gosokkan dibahagian kaki. Kalau boleh amalkan setiap hari dan ia amat berkesan untuk mengatasi masalah kaki berbau.


8- Boleh juga beli bedak antiseptik dan taburkan di dalam kasut atau sapu di bahagian kaki setiap kali sebelum memakai kasut. Bedak ini mampu menyerap peluh dan mengurang kaki berbau.


9- Setelah mandi, selalu keringkan kaki secara menyeluruh.


10- Pakailah kasut yang terbuat dari bahan seperti kulit. Ini memungkinkan kaki dapat bernafas sehingga terhindar dari bau yang disebabkan keringat.


11- Hindari memakai kasut yang sama dua hari berturut-turut. Oleh kerana kaki mengeluarkan peluh yang banyak, kasut memerlukan waktu untuk kering.


12- Ganti sarung kaki sekali atau dua kali sehari.


13- Bersihkan setiap kulit kaki yang mati dari telapak kaki, basuh kaki dengan air hangat dan keringkan secara menyeluruh.


Akan tetapi, jika masalah kaki berbau ini berlarutan, jangan tunggu lagi, jumpa la doktor bagi mengetahui cara yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah kai berbau. Jangan biarkan kaki berbau menggangu kehidupan kita seharian.



SEBELUM JUMPA DOKTOR U OLLS.. SATU PERKARA INGIN NIS KONGSIKAN..


Stokin BIO-ENERGY yang di perbuat dari kain kapas yang bermutu tinggi tau... dan stokin ni mengandungi Bio Seramik yang dapat mengeluarkan pancaran INFRA RED jarak jauh. Di samping ianya dapat melancarkan peredaran darah, ia juga berfungsi untuk mengurangkan atau Insya Allah menghilangkan masalah kaki berbau... sebab kain kapas pada stokin ni boleh menyerap peluh. 



Cepat-cepat dapatkan stokin BIO-ENERGY ni !!

HARGA : RM 49.50
Harga KAWAN NIS: RM41.50 shj !!

WHATSAPP NIS 0176967656 SEGERA!

Stokin D'Nifi



Anda nak tahu apa istimewanya stokin ini?? D'NIFI adalah Stokin Bertenaga Bio (Berteknologi Nano dari Jepun), diperbuat daripada kain kapas berkualiti premium dengan reka bentuk yang selesa dipakai khusus un tuk menjaga kesihatan kaki. Ia mengandungi Bio-seramik yang mengeluarkan pancaran infa merah jarak jauh dan menghasilkan ion negatif yang dapat menembusi ke dalam pori-pori kulit kaki dan bekerja pada saraf kaki seterusnya memberi kesan ketenangan dan melegakan kekejangan otot-otot kaki.
Io negatif yang terhasil ini dapat meneutralkan radikal bebas seterusnya membunuh bakteria yang terdapat pada kawasan tapak kaki. Infra merah jarak jauh yang terdapat pada bio seramik ini dapat mengembangkan kapilari darah seterusnya melancarkan peredaran darah pada tapak kaki. Ia juga dapat menyingkirkan mendapan kalsium pada tapak kaki (bahagian sendi kaki) seterusnya menjadikan kaki terasa selesa dan bebas daripada sengal-sengal. Rekabentuk D'NIFI yang menggunakan kain kapas berkualiti premium ini sangat efektif untuk menyerap peluh dan memberikan kekeringan pada bahagian tapak kaki walaupun dipakai berjam-jam. Ini juga mengurangkan pertumbuhan bakteria dibahagian tapak kaki.

FUNGSI D'NIFI
  • Membantu membunuh bakteria dibahagian tapak kaki.
  • Mencegah bau busuk dan gatal-gatal pada bahagian tapak kaki.
  • Membantu mengembangkan kapilari darah seterusnya melancarkan peredaran darah khususnya dibahagian kaki.
  • Membantu menyingkirkan mendapan kalsium pada sendi kaki seterusnya menjadikan bahagian tapak kaki berasa selesa dan bebas daripada sengal-sengal.
  • Membantu mendapatkan tidur malam yang lebih nyenyak.
  • Membantu melegakan kekejangan otot dengan berkesan.
  • Membantu memberi kesan ketenangan.
  • Menyerap peluh dengan cepat agar kaki sentiasa kering dan selesa.

BERMINAT MERASAI STOKIN LUAAR BIASA INI?? PM NORHANIES ADNAN / WHATSAPP NIS 0176967656 SEGERA :)

PERSOALAN MENGENAI BIDADARI ...




Persoalan Tentang Bidadari

Soalan :-
Bilakah waktu terbaik untuk mengambil BIDADARI jika bersalin operation?


Jawapan:-
Selepas 3 hari bersalin operation sudah boleh mula mengambil BIDADARI
Soalan :-
Bilakah waktu terbaik untuk mengambil BIDADARI semasa waktu pantang bersalin secara normal?


Jawapan :-
Waktu yang PALING SELAMAT untuk mengambil bidadari selepas bersalin secara normal adalah selepas 3 minggu bersalin untuk mengelakkan dari berlakunya pendarahan yang banyak. Waktu 3 minggu selepas bersalin adalah waktu-waktu penghujung nifas, jadi, adalah sesuai untuk minum BIDADARI untuk mengeluarkan saki-baki darah kotor yang ada dan waktu itu, tubuh badan sudah mula pulih dan agak kuat untuk menerima apa jua bentuk pemulihan.


Soalan :-
Seawal usia berapa tahun boleh mengambil BIDADARI?


Jawapan :-
Bidadari boleh diminum seawal usia 13 tahun lagi..Tiada kesan buruk terhadap si pemakan disebabkan ianya adalah produk pemakanan bukan ubat-ubatan. ini adalah kerana pada usia 13 tahun, kanak-kanak itu sedang menuju ke alam remaja dan akan melalui proses menjadi orang dewasa. Kadar sukatan untuk kanak-kanak 13 tahun ini adalah 1 sudu kecil setiap hari
Soalan :-Apakah kebaikan yang akan diperolehi oleh kanak-kanak ini dari pengambilan bidadari?
a) baik untuk minda
b) baik untuk otot-otot
c) dapat membersihkan segala kekotoran dalam rahim semasa dalam proses ke arah kedewasaan atau tempoh sebelum datang bulan
d) mencantikkan payudara
e) mengelakkan dari terkena penyakit keputihan


Soalan :- Bolehkah BIDADARI membantu untuk mendapatkan zuriat?


Jawapan :-
BIDADARI boleh memperbaiki sistem rahim dan menguatkan rahim. Ianya juga berkesan dalam perhubungan suami/isteri, ini secara tidak langsung dapat membantu dalam hubungan kelamin dan mengeratkan hubungan suami/isteri. Pengambilan BIDADARI beserta Nu-Cell adalah dicadangkan untuk membantu anda mendapatkan zuriat.
Soalan :-Selepas mengambil bidadari seperti yang dicadangkan selama sebulan, apakah sukatan yang dicadangkan untuk mengambil Bidadari secara berterusan?
Jawapan :
selepas sebulan minum Bidadari secara consisten, amalkan 2 sudu sehari untuk mengekalkan sistem dalaman badan yang telah dibaikpulih oleh sepanjang sebulan pertama pengambilannya Bidadari..


Soalan :-Kalau lepas bersalin, bila boleh mula minum Bidadari?


Jawapan : waktu yang paling selamat untuk ambil bidadari untuk orang dalam pantang bersalin adalah selepas 3 minggu bersalin. sebab di awal masa bersalin, tubuh badan kita tidak berapa kuat dan memang darah yang keluar pun banyak. jadi untuk mengelakkan risiko tumpah darah, waktu paling selamat adalah selepas 3 minggu. masa tu penghujung nifas..jadi, bidadari ni berfungsi untuk mengeluarkan saki baki darah kotor di penghujung nifas.
 


Soalan : Ibu yg sedang menyusukan anak boleh ke minum bidadari ni? takut susu keringla.


Jawapan : Bidadari ni boleh diambil seawal lepas bersalin.. takde masalah kalau nak ambik kalau menyusukan baby.. BIdadari ni tak panas, tak menjejaskan pengeluaran susu badan...


Soalan : Bidadari ni ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan ke tidak?


Jawapan : Pemakanan Kesihatan atau Minuman yg tidak dikelaskan dalam kategori ubatan tidak perlu kelulusan KKM. Tidak mengandungi dadah dan bukan UBAT.


Soalan : Kenapa Bidadari tak berkesan kepada sesetengah orang?


Jawapan : Sebab yang paling utama Bidadari tak berkesan adalah kerana ni tak pernah membuat proses Detox. Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap khasiat yang terkandung dalam Bidadari pada tahap optimum. Kebanyakan mereka yang telah melakukan detox dan mengambil semula Bidadari, telah memberikan komen yang positif. Walau bagaimanapun, sekiranya setelah minum sebanyak 2 botol mengikut cara seperti yang disarankan dan tidak mendapat sebarang kesan positif, tidak perlulah teruskan pengambilan Bidadari ini kerana mungkin Bidadari ni tak sesuai atau serasi dengan anda.


whatsapp nis 0176967656 untuk keterangan lanjut :)