Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya.
Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu kajian mendapati mereka yang
mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika
Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap
serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis
panduan itu.
Lebihan kolesterol
Tekanan darah Tinggi
Mengambil banyak buah-buahan dan
sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan
mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko
tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus
mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.
Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan
melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk
tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan
kalsium.
Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid
folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan
bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada
mengalami spina bifida.
Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)
Pengambilan suplemen amat penting dalam menggantikan zat yang kurang dalam makanan yang kita ambil seharian. Mencegah lebih baik dari merawat.. Jika nak dibandingkan hari ini kita menghabiskan Rm300 sebulan untuk suplemen bagi memastikan kita sihat, tetapi jika seseorang ingin "berjimat" rm300 tersebut, JIKA kita sakit kelak, adakah cukup wang yang kita jimatkan itu untuk menanggung kos perbelanjaan rawatan bagi suatu penyakit? Fikirkanlah. Saya rasa kosnya lagi tinggi kan? Kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit : Setuju ke setuju? :)
No comments:
Post a Comment