MASALAH KAKI BERBAU....
Sebagai seorang wanita yang selalu ingin tampil cantik, pemilihan
kasut yang sesuai harus diambil kira. Pada masa sama perlu juga
berhati-hati dengan kesihatan kaki terutama bagi yang menghadapi masalah peluh kaki berlebihan.
Kehadiran peluh bukanlah sesuatu yang buruk kerana ia adalah proses
perkumuhan semula jadi tubuh. Namun, ia kurang menyenangkan apabila
peluh keluar berlebihan atau disebut hyperhidrosis.
Keadaan lebih tidak selesa apabila ia membabitkan bahagian kaki atau
plantar hyperhidrosis kerana jika dibiarkan boleh menjadi penyakit
kulit.
Kaki berpeluh boleh berlaku pada semua orang dan menimbulkan masalah
fungus atau kulat serta bakteria penyebab bau yang kurang enak.
Kebiasaannya kulat pada kaki akan muncul di celah-celah jari dan
telapak kaki. Ia biasanya berlaku pada mereka yang memakai kasut
tertutup dalam jangka masa lama (lebih empat jam), lebih-lebih lagi di
iklim tropika yang mudah menyebabkan seseorang itu berpeluh.
Sebaiknya lap dan keringkan kaki bila mula rasa kurang enak kerana terasa lembap akibat peluh.
Kulat dan bakteria yang muncul akibat peluh bukan saja menjadi
penyebab kaki berbau, bahkan jika dibiarkan keadaan mungkin menjadi
lebih teruk termasuk penyakit kulit akibat kulat dan memerlukan rawatan
perubatan selanjutnya.
Kemunculan kulat kaki dan bakteria juga boleh menular kepada orang
lain. Kebiasaannya ia berlaku akibat tabiat pinjam meminjam kasut atau
sandal.
ADUHH.. KESIAN KUCING INI.. PENGSAN TERUSSS.. HEHE..
Jika anda di dalam kategori di atas, cuba-cubalah petua yang ada di bawah ni.
1- Elak memakai stokin dari nylon, guna stokin diperbuat dari kapas supaya tidak berkuap. Pakailah sarung kaki dari bahan kapas atau benang bulu yang dapat membantu kaki tetap kering.
2- Jika kasut anda lembap, jemur di bawah panas matahari untuk mengeringkannya. Jangan pakai kasut yang lembap nanti kaki berkulat.
3- Sediakan lebih dari sepasang kasut begitu juga dengan stokin kalau boleh sehari satu stokin berlainan.
4- Amalkan membasuh kaki dan sabun dengan sabun antibakteria selepas membuka kasut setelah seharian memakainya.
5- Jika kaki anda masih berbau, amalkan merendam kaki kedalam air suam selama 10-15 minit dan gosok di bahagian celah-celah jari bagi membuang kotoran.
6- Sekiranya masalah kaki berbau masih berlarutan, cuba petua ini, didihkan 3 cawan air bersama 3 uncang teh dan dicampurkan dengan setengah baldi air sejuk kemudian rendamkan kaki dalam air tersebut bagi menghilangkan bau tersebut.
7- Ambil sebiji limau nipis dan gosokkan dibahagian kaki. Kalau boleh amalkan setiap hari dan ia amat berkesan untuk mengatasi masalah kaki berbau.
8- Boleh juga beli bedak antiseptik dan taburkan di dalam kasut atau sapu di bahagian kaki setiap kali sebelum memakai kasut. Bedak ini mampu menyerap peluh dan mengurang kaki berbau.
9- Setelah mandi, selalu keringkan kaki secara menyeluruh.
10- Pakailah kasut yang terbuat dari bahan seperti kulit. Ini memungkinkan kaki dapat bernafas sehingga terhindar dari bau yang disebabkan keringat.
11- Hindari memakai kasut yang sama dua hari berturut-turut. Oleh kerana kaki mengeluarkan peluh yang banyak, kasut memerlukan waktu untuk kering.
12- Ganti sarung kaki sekali atau dua kali sehari.
13- Bersihkan setiap kulit kaki yang mati dari telapak kaki, basuh kaki dengan air hangat dan keringkan secara menyeluruh.
Akan tetapi, jika masalah kaki berbau ini berlarutan, jangan tunggu lagi, jumpa la doktor bagi mengetahui cara yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah kai berbau. Jangan biarkan kaki berbau menggangu kehidupan kita seharian.
SEBELUM JUMPA DOKTOR U OLLS.. SATU PERKARA INGIN NIS KONGSIKAN..
Stokin BIO-ENERGY yang
di perbuat dari kain kapas yang bermutu tinggi tau... dan stokin ni
mengandungi Bio Seramik yang dapat mengeluarkan pancaran INFRA RED jarak
jauh. Di samping ianya dapat melancarkan peredaran darah, ia juga
berfungsi untuk mengurangkan atau Insya Allah menghilangkan masalah kaki
berbau... sebab kain kapas pada stokin ni boleh menyerap peluh.
Cepat-cepat dapatkan stokin BIO-ENERGY ni !!
HARGA : RM 49.50
Harga KAWAN NIS: RM41.50 shj !!
WHATSAPP NIS 0176967656 SEGERA!
atau boleh guna spray odor X
ReplyDeletemultipurpose deodorant spray
boleh order sini :)
https://www.facebook.com/pages/Pewangi-Ajaib-Odor-X/336781856486607
How can i get this product? Penyembur Ajaib odor? MG SCHMIDT
DeleteProduk yang menarik untuk dicuba. Memang kaki berbau boleh menjadi risiko kepada jangkitan kulat kaki seperti Athelete's foot dan kebanyakan kes sebenarnya berpunca daripada kasut dan stokin yang kita pakai setiap hari.
ReplyDeleteJom cuba product Qaqee dgn haruman vanilla!! Nk bukak kasut kat mana2 xsegan dah..khas untuk masalah Kaki berbau boleh wasp: 012 3542138
ReplyDeleteSuami kite ad masalah kaki berpeluh. Jenuh nak basuh kasut 😂
ReplyDeleteKan bole letak uncang teh gak lam kasut yg berbau . And saya nak tanya bole x kalau kita nak letak uncang teh yg da tamat tarikh luput ? Harap ada respons ya . Kamsahamida
ReplyDelete