Tuesday, 19 March 2019
REZEKI MILIK ALLAH
Rezeki kita berbeza dengan orang.. semua Allah dah tentukan.
terima dengan redha, bersyukurlah setiap rezeki yang masih dalam genggaman kita.
Jangan jeles dengan rezeki orang lain
Setiap orang ada bahagian dia sendiri.
Kita kurang di bahagian ini, mesti kita ada lebih di bahagian rezeki yang lain
Hadapi dengan 2S. Sabar dan Solat.
dekati Allah bila diduga.
Allah duga sebab sayang kita. Rindu kita. Nak kita merintih menangis pada Dia.
Bersangka baiklah.
Mesti ada hikmah semua yang dilalukan untuk kita
Jangan ada dengki dengan orang. Supaya rezeki kita murah dan mudah
Fikir baik kita dapat baik.
Lalui hidup dengan senyuman manis.
Elak luah segala pada manusia.
Manusia biasanya hanya baik di mata
Luah segala pada Allah..
fikir mesti baik2.. perkataan skema dia POSITIF
Biarlah orang kata kita berlagak baik
Tapi bila fikir baik, semua hal baik akan dekati kita
Percayalah..
SENYUM SEMANISNYA.. LAWAN JAHAT DAN NEGATIF DENGAN SENYUM, KEBAIKAN DAN KASIH SAYANG.. JALAN TERUS..
JUS AJAIB UNTUK KESIHATAN WANITA!

Esok perlu cod sebotol jus ajaib 💓 jus#energyBooster sesuai untuk #LepasBersalin 💗syukur
alhamdulillah
JUS AJAIB YANG NYAHKAN PENAT DAN LESU!

Selamat tinggal penat
#EnergyBooster #Sedap#CantikLuarDalam
Saturday, 16 March 2019
KITA TENTUKAN SEGALA
Dalam hadapi hidup kita yang tak selalunya indah.. sentiasa bersyukur Allah masih beri kita peluang demi peluang.
Berterima kasih pada yang menyakiti. Semua itu beri kita pengalaman. Kerana kita tak selalunya dihargai.
Paling penting. Kita mesti sayang diri kita dahulu.
Sunday, 24 February 2019
Stop bersedih. Bangkit. Ceria lah!
Kenapa bersedih dan berduka dengan kegagalan semalam? Kenapa biarkan diri dibaluti resah dek kesilapan dan keterlanjuran silam? Kenapa menyesali luka kelmarin dan benarkan air mata terus mengiringi hari mendatang?
Semalam dah berlalu, biarkan ia berlalu jadi kenangan. Bangkitlah dengan semangat baru untuk hari ini kerana hari ini pastinya boleh jadi berbeza dan lebih membahagiakan jika anda benarkan.
Berikan peluang untuk menceriakan diri anda sendiri dan tika itu anda akan dapati kenangan semalam tidak lagi menyakitkan dan memedihkan malah anda boleh ketawa sendiri kerana 'kebodohan' tersebut 😃
Kredit suzana ghazali
Wednesday, 20 February 2019
Kita bukanlah sempurna mana
Perkahwinan bukan sebuah permainan. Rasa tak seronok, berhenti dan tukar permainan baru.
Perkahwinan juga bukan makanan. Rasa tak sedap, dicela dan cari makanan lain.
Perkahwinan ibarat kehidupan. Biar sakit, biar demam, perkahwinan perlu diteruskan.
Perlu berusaha mempertahankan perkahwinan. Bukan tak suka atau terhantuk sikit saja, dah nak keluar.
Usaha pula perlukan kerjasama dari dua2 pihak, suami dan isteri. Bukan satu usaha selamatkan dan satu lagi usaha meranapkan atau buat tak peduli walau salah sendiri, memang sukar ketemu perdamaian.
Akurlah...tak pernah ada manusia yg sempurna tapi masih boleh usahakan untuk jadi yg lebih baik...paling penting, seadanya mengikut KPI Allah Taala.
Buat pasangan pengantin baru, barakallahulakuma! Buat pasangan pengantin bukan baru, usahakan agar keserian pengantin tidak bertukar lama dan jadi lapuk. Chaiyookkk.... 💪😍
Kredit SUZANA GHAZALI
Lepas hujan pasti ada pelangi
Memang fitrah kecewa itu temannya duka dan duka pula bersahabatkan air mata. Namun, jadikanlah air matamu bak hujan yg membasahi bumi, ada juga istilah berhenti.
Yakinlah juga, bila hujan itu berhenti, akan ada pelangi yg mengindahkan bumi ini. Seperti hidupmu yg pastinya diberikan yg lebih baik oleh Ilahi, jika kau benar2 redha dan percaya rahsia ketentuan-Nya.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - surah Al-Baqarah ayat 216.
Kita sentiasa ada Dia dan Dia adalah segalanya untuk hidup kita yg terbaik!
Kredit kak SUZANA GHAZALI