ANDA SUSAH HATI?
PENING?
KECEWA?
DENGAN MASALAH MISS-V KEPUTIHAN BERBAU DAN BERKETUL?
Terdapat 2 Jenis Keputihan;
1.Keputihan fisiologis
♥ Bagi Keputihan Fisiologis ia biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair.
2. Keputihan patologik
♥ Ciri-ciri Keputihan patologik lebih kritikal dan menunjukan gejala penyakit seperti mengeluarkan lendir yang pekat, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati
Bahaya Penyakit Keputihan
Sekiranya penyakit keputihan tidak dirawat ia akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berisiko untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyubang kepada penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Jika tidak diambil perhatian dalam jangka masa yang lama ia lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah disebabkan oleh penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.
Punca penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.
No comments:
Post a Comment