Kenapa bersedih dan berduka dengan kegagalan semalam? Kenapa biarkan diri dibaluti resah dek kesilapan dan keterlanjuran silam? Kenapa menyesali luka kelmarin dan benarkan air mata terus mengiringi hari mendatang?
Semalam dah berlalu, biarkan ia berlalu jadi kenangan. Bangkitlah dengan semangat baru untuk hari ini kerana hari ini pastinya boleh jadi berbeza dan lebih membahagiakan jika anda benarkan.
Berikan peluang untuk menceriakan diri anda sendiri dan tika itu anda akan dapati kenangan semalam tidak lagi menyakitkan dan memedihkan malah anda boleh ketawa sendiri kerana 'kebodohan' tersebut 😃
Kredit suzana ghazali
No comments:
Post a Comment