Saturday, 27 April 2013

SET SAYA NAK PREGNANT



Genap sebulan Nis dan Nu-G Team berkempen 'SET SAYA NAK PREGNANT', alhamdulillahhh...syukur da ada yg feedback positif berjaya! Tahniah tahniah..dan Nis juga sedang menanti debaran utk pelanggan-pelanggan lain yg sedang menunggu result. Nis doakan anda semua berjaya ye, aminnn...


SET SAYA NAK PREGNANT consist of two products which are;


1. NuClonz


Usus yang tidak bersih dan bertoksid merupakan punca utama serangan pelbagai masalah kesihatan. Nuclonz merupakan adunan herba Melayu iailtu Ekstrak Buah Gelanggang, Ekstrak Daun Sena, Ekstrak Buah Delima, Ekstrak Asam Gelugor dan Ekstrak Asam Jawa yang bertujuan untuk mengeluarkan toksid dalam badan melalui saluran yang betul dengan pembuangan najis.


2. Bidadari


Bidadari merupakan minuman berfungsi mewah semulajadi yang dikomposisikan dengan bahan semulajadi mewah dan tidak asing buat kita iaitu Kurma, Kacip Fatimah, Akar Serapat, Manjakani, Jarum Emas, Serai, Sirih dan Madu.


Rumusan hebat dalam Bidadari dapat membantu dalam
♥ Menyerap tenaga dengan segera ♥ Membantu menstabilkan kitaran haid ♥ Sangat berkesan membina rahim dan sistem peranakan ♥ Memberi impak positif kepada suami isteri semasa perhubungan kelamin ♥ Mengatasi masalah keputihan dan sengugut ♥ Meningkatkan sistem kemutan ♥ Menambah kolagen dalam badan ♥ Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah



Berminat untuk dapatkan set ni? Terus je hubungi Nis 0176967656 :)

OXY PI KURANGKAN TEKANAN DARAH DAN KENCING MANIS


Hangat dari ladang! Malam tadi jiran mengadu suaminya kena gi hospital esok untuk darah tinggi & macam-macam penyakit yang Doktor suspek.. Sebelum beliau balik Nis bagi 3 botol oxy pi untuk suaminya minum..Pendek cerita, lepas Isyak tadi ada orang bagi salam (jiran tu ler), nak beli Satu kotak air oxy pi! Perkongsian dari beliau..


"Malam tadi pakcik ikut nasihat Nis supaya habiskan oxy pie tu.. yang best, pakcik gi jumpa doktor tadi, doktor kata Darah pakcik normal, kadar gula dalam darah pakcik pon sudah menurun.. otot di lengan pakcik yang biasanya tegang dan tak selesa akibat darah tinggi dah rasa sangat selesa! Kendur macam biasa! Sebab tu pakcik ingat nak amalkan oxy pi ni.. mana tau lebih sihat lepas ni"
Syukur alhamdulillah.. seronok sangat dapat membantu.. DCL=bukan bisnes yang pentingkan duit semata2.. tapi lebih eratkan hubungan silaturahim serta memberi kebahagiaan pada mereka yang ingin dibantu taraf kesihatan mereka.. Tepuk dada tanya hati.. :)


Jika rasa rugi beli dalam botol cute tu.. DCL juga ada penapis air untuk hasilkan air oxy pi..
Taraaa.. Ini dia..



Pm NORHANIES ADNAN / WHATSAPP 0176967656 :)

Saturday, 16 March 2013

Stokin Luar Biasa!

Nampak macam stokin biasa.. tapi ia bukan sebarang stokin.. Hilangkan lenguh kaki, bengkak kaki serta bagi tubuh badan kita segar bugarr.. Kaki adalah pusat saraf yang mewakili seluruh tubuh kita u ollss! Nak jaga tapak kaki, jom pakai stokin luaar biasa ini? ada FIR dalam stokin ni! Apa kesan dari FIR pada tubuh anda Bila anda Memakai Stokin ini?




- Mengaktifkan molekul air di dalam tubuh manusia - Meningkatkan oksigen di dalam tubuh - Membuang lemak, bahan kimia dan toksin dalam darah - kemudian melancarkan peredaran darah. - Mengurangi sampah sisa metabolisme dari tubuh - Mengurangi keasaman tubuh - Meningkatkan kesihatan dan menjaga kesegaran tubuh - Meningkatkan sistem saraf - Meningkatkan sistem pengeluaran peluh - Mencegah pertumbuhan bakteria - Meredakan rasa sakit - Mempercepatkan keremajaan sel tubuh - Menjaga kehangatan dan tidur yang nyenyak



Sangat elok untuk:

1) Kita yang banyak berjalan / berkerja (polis, jururawat, guru) yang memerlukan kita sentiasa menggunakan otot kaki untuk bertugas

2) Wanita dalam pantang kerana ia elok untuk pengaliran darah keseluruh badan ibu lepas bersalin

3) Individu yang mengalami kaki suka "semut2" bila duduk lama..

4) Individu yang inginkan:

  • kuatkan otot ditapak kaki sekaligus memberikan rasa nyaman dan selesa ditapak kaki. 
  • tidur malam yang lebih nyenyak.
  • melegakan kekejangan otot dengan berkesan.
  • kesan ketenangan.
  • hilangkan bau kaki lol!


pm/whatsapp nis 0176967656 :)

Saturday, 9 March 2013

Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya





Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida.
Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara  tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.



Kanser (Barah)
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.


Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

Lebihan kolesterol
Tekanan darah Tinggi
Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)

Pengambilan suplemen amat penting dalam menggantikan zat yang kurang dalam makanan yang kita ambil seharian. Mencegah lebih baik dari merawat.. Jika nak dibandingkan hari ini kita menghabiskan Rm300 sebulan untuk suplemen bagi memastikan kita sihat, tetapi jika seseorang ingin "berjimat" rm300  tersebut, JIKA kita sakit kelak, adakah cukup wang yang kita jimatkan itu untuk menanggung kos perbelanjaan rawatan bagi suatu penyakit? Fikirkanlah. Saya rasa kosnya lagi tinggi kan? Kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit : Setuju ke setuju? :)

COKLAT KURANGKAN RISIKO STROK?


Coklat mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai antioksida.


SUAMI, bapa, abang atau adik lelaki anda penggemar coklat? Jangan risau, coklat memberikan manfaat buat lelaki yang 'mencintainya'.


Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Sweden menunjukkan lelaki yang kerap makan coklat kurang risiko diserang strok.


Hasil kajian itu telah diterbitkan dalam satu jurnal neurologi, yang mana ia membabitkan kajian lebih sedekad terhadap lebih 37,000 lelaki yang gemar makan coklat.


Sukatan coklat yang dimakan lelaki terbabit dalam kajian itu adalah bersamaan dengan satu pertiga cawan yang dipenuhi dengan cip coklat.


Dengan pengambilan kerap padaan sukatan sebanyak itu telah mengurangkan 17 peratus risiko diserang strok berbanding lelaki yang langsung tidak makan coklat.


Ini bukanlah kajian pertama yang menyatakan manfaat coklat pada kesihatan kardiovaskular manusia.


Sebelum ini banyak kajian lain menunjukkan penggemar coklat mempunyai risiko rendah mendapat penyakit berkaitan sistem tersebut seperti penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi.


"Apa yang mengurangkan risiko penggemar coklat ini kepada penyakit strok adalah kandungan flavonoid yang terdapat di dalamnya," kata Susanna Larsson, penyelidik dari Institut Karolinska di Stockholm yang juga ketua kepada penyelidikan terbabit.
Larsson turut melakukan kajian yang sama terhadap golongan wanita tahun lalu dan turut menemukan hasil yang sama.


Menurut kajian tersebut, flavonoid adalah satu kompaun yang bertindak sebagai antioksida.
Ia mempunyai kesan yang amat baik terhadap tekanan darah, kolesterol dan fungsi saluran darah.


Dalam kajian tersebut, lelaki Sweden berusia lingkungan 49 hingga 75 tahun dilaporkan makan seperti biasa dan juga makan coklat sebagai makanan sampingan mereka.
Selepas 10 tahun tempoh pemantauan, hanya 1,995 daripada jumlah keseluruhan lelaki yang terbabit dalam kajian tersebut mengalami serangan strok buat pertama kali.


Kumpulan penyelidik Larsson itu juga menyenaraikan faktor-faktor lain yang terlibat dalam kajian mereka seperti berat badan, cara pemakanan dan sama ada mereka mempunyai tekanan darah tinggi atau sebaliknya.


"Walaupun faktor yang dinyatakan di atas telah diambil kira tetapi lelaki yang makan banyak coklat mendapat pengurangan risiko sebanyak 17 peratus diserang strok," jelasnya.
Sementara itu, seorang penyelidik, Richard Libman, yang juga Naib Pengerusi Jabatan Neurologi di Institut Cushing Neuroscience Manhasset, New York, Amerika Syarikat berkata, flavanoid bukan saja terdapat dalam coklat malah makanan lain seperti epal, brokoli, soya, teh dan kekacang.


"Begitupun dengan fakta yang didapati di atas bukan bermakna orang ramai boleh makan coklat sesuka hati.


"Fikirkan juga kesan negatif akibat pengambilan coklat tersebut seperti obesiti dan diabetes jenis 2," tegasnya.




Nu~Cell mengurangkan risiko strok kerana ianya membakar kolestrol dalam darah! Rasanya sedap, selain sihat dapat bonus awet muda lagi dengan amalkan Nu~cell! Ianya dihasilkan dari pelbagai jenis buah beri.. anti kanser juga :)

pm Norhanies Adnan / whatsapp Nis 0176967656 segera untuk dapatkan Nu~cell anda hari ini..

Petua Hilangkan Tumit Merekah


Masalah tumit merekah berpunca daripada proses xerosis, iaitu kekeringan kulit yang keterlaluan. Ia menjadikan kulit yang tebal mudah merekah dan membentuk garis halus.

Antara faktor yang menyebabkan tumit merekah:

- Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar. -Obesiti – Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan ia tersesar ke tepi. Kulit akan pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan tersebut
-Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit.
- Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema.
-Kelenjar peluh yang tidak aktif.
-Masalah kaki leper.
-Memakai kasut yang terlalu ketat.
-Kencing manis.

Petanda paling jelas ialah wujudnya rekahan halus pada tumit. Kulit tumit biasanya menjadi tebal dan seolah-olah ‘tumbuh’ di keliling tumit. Kulit ini biasanya berwarna kekuningan atau menjadi lebih gelap. Malah, kaki berasa gatal dan sakit apabila berjalan. Jika rekahan pada tumit berdarah, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah merawat luka terlebih dulu. Sebaik-baiknya mulakan rawatan sebaik garis halus pada tumit kelihatan kerana pada peringkat ini ia lebih mudah dihilangkan.


-Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit. - Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema. -Kelenjar peluh yang tidak aktif. -Masalah kaki leper. -Memakai kasut yang terlalu ketat. -Kencing manis.


Petanda paling jelas ialah wujudnya rekahan halus pada tumit. Kulit tumit biasanya menjadi tebal dan seolah-olah ‘tumbuh’ di keliling tumit. Kulit ini biasanya berwarna kekuningan atau menjadi lebih gelap. Malah, kaki berasa gatal dan sakit apabila berjalan. Jika rekahan pada tumit berdarah, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah merawat luka terlebih dulu. Sebaik-baiknya mulakan rawatan sebaik garis halus pada tumit kelihatan kerana pada peringkat ini ia lebih mudah dihilangkan.

Nis perkanalkan kolagen terbaik untuk hilangkan petanda awal tumit merekah.. NU~cELL! Tumit tak merekah, anda awet muda & sihat tanpa kolestrol lagi! 




 pm Norhanies Adnan /whatsapp nis 0176967656 untuk dapatkan NU~cell anda !

Tuesday, 5 March 2013

MENGENAI DARAH TINGGI..


DARAH TINGGI...
Kehidupan kita dipenuhi dengan angka dan nombor. Nombor kad pengenalan, nombor pin, tarikh lahir, tarikh tutup, masa, nombor telefon (nasib baiklah ada telefon pintar untuk membantu mengingatnya!). Begitu juga dari segi kesihatan dan tubuh badan kita, angka-angka seperti berat badan, ketinggian, tekanan darah, saiz pinggang – memainkan peranan sebagai indikator mengenai keadaan kesihatan dan kecergasan seseorang.

Berikut merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai tekanan darah tinggi, yang perlu diketahui oleh setiap orang.

Tekanan Darah (Hypertension)
  • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
  • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.
7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi


  1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor
  2. Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan
  3. Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
  4. Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
  5. Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
  6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
  • Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
  • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
  • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
  • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

  • 7. Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.




Jagalah kesihatan kita semampu kita.. Duit banyak pun rasanya tak berbaloi jika kita tak sihat.. Setuju?