Sebahagian dari perkongsian kata-kata Dr Muhaya..
- Jangan kerap mengucapkan kesukaran di setiap perbuatan, selalu mengucap kesyukuran.
- Cubaan yang lebih besar dari kekurangan ialah kelebihan. Azab Allah akan datang jika kita tidak syukur. Kekurangan yang diberi harus kita sangka untuk menjaga kita supaya tidak engkar pada ALlah. Syukur sentiasa kita ada iman dan takwa.
- Hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain.. hanya orang yang menyayangi dirinya sendiri, dapat menyayangi orang lain...
- kita akan dilayan sebagaimana kita melayan orang lain . jika negatif kita dapat itu feedback. perbetulkan diri kita dan berhenti menyalahkan dan cari kesalahan orang...
- layan manusia seperti mana mereka ingin dilayan. layan manusia macam mana kita ingin dilayan. lagi ramai kawan lagi murah rezeki...
- Carilah kebahagiaan kita dgn memberi kebahagiaan pada orang lain...
- Semoga Kita bangun di pagi hari dgn tenang dan takwa dan sentiasa taubat sebelum tidur. Utk sihat maafkan semua orang. Jika masih ada dendam bagaiaman jiwa dan tubuh akan sihat bila ada emosi negatif dalam jiwa, 75% penyakit disebabkan minda negatif
- Jika kita taat pada perintah Allah insyaAlah Akan tenang dan bahagia. Jika tidak, auditlah diri..
- Semoga manusia yang tidak boleh memaafkan dan melupakan kesalahan orang pada mereka semakin berkurang di duia ini. KAsihani diri kita setiap kali kita menyimpan dendam kerana kita menyimpan asid dalam tubuh kita merosakkan jiwa dan fizikal kita
No comments:
Post a Comment